Pemain Brazil Roberto Firmino (kanan) meraikan dengan rakan sepasukan, Willian selepas menjaringkan gol semasa Copa Amerika 2015 Kumpulan C perlawanan bola sepak antara Brazil dan Venezuela. Foto: EPA.
SANTIAGO, 22 Jun:
Brazil menewaskan Venezuela 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, sekali gus melangkah ke suku akhir Copa Amerika, awal pagi tadi.
Brazil memulakan langkah kanan apabila Thiago Silva meledak jaringan keawal minit ke-9 selepas mendapat bola tendangan sudut Robinho yang menggantikan Neymar.
Roberto Firmino menambah jaringan Brazil pada minit ke-5.
Venezuale bagaimanapun cuba menggandakan asakan dalam baki 20 minit perlawanan dan hasilnya memperoleh gol menerusi Miku pada minit ke-84.
Kekalahan itu menyaksikan Venezuela terkeluar daripada saingan Kumpulan C.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan