Rabu, 1 Julai 2015

Pengurus Leicester City Pearson dipecat

_83961455_nigel_pearson3

Pengurus Leicester City, Nigel Pearson yang terlibat dalam beberapa insiden berprofil tinggi dipecat malam tadi.


Pengurus Leicester City, Nigel Pearson dipecat malam tadi.
Pearson, 51 membantu kelabnya menduduki tangga ke-14, hasil kejayaan memenangi sembilan aksi berturut-turut.
Tetapi beliau terlibat dalam beberapa insiden berprofil tinggi, termasuk memanggil wartawan “burung unta” dan bertembung dengan pemain Crystal Palace, James McArthur.
Ini adalah kali kedua, pengendali itu dipecat selepas pertama kali pada Februari lalu berikutan kontroversi membabitkan pemain pasukan, James McArthur, sebelum dilantik semula tidak lama selepas itu.
Pearson menjadi pengurus Leicester pada Jun 2008 tetapi meninggalkan kelab itu dua tahun kemudian untuk mengambil alih Hull sebelum kembali ke Leicester pada bulan November 2011.

Tiada ulasan: