Khamis, 6 Ogos 2015

Hadiah perkahwinan, Ronaldo beli pulau Greek untuk ejennya

ronaldo

Cristiano Ronaldo dilaporkan menghadiahkan ejennya sebuah pulau Greek sebagai hadiah perkahwinan. -Foto Reuters


PORTO, 3 Ogos:
Mungkin menjadi hadiah perkahwinan yang paling hebat, bintang bola sepak Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan menghadiahkan ejennya sebuah pulau Greek sebagai hadiah perkahwinannya.
Ejennya yang bertuah tersebut, Jirge Mendes berkahwin bersama pasangannya Sandra di Porto pada Ahad.
Menurut portal Singapore Straits Times yang memetik sumber media Portugis, Move Noticias menganggarkan pulau tersebut mempunyai nilai mencecah antara €3 (RM12.65 juta) sehingga €50.
Perkara tersebut heboh diperkatakan di media sosial dengan banyak komen-komen negatif dan positif yang dilemparkan kepada pemain terbaik dunia itu.

Tiada ulasan: