Khamis, 6 Ogos 2015

Keserasian dan semangat juang tinggi bolehkan Terengganu di landasan terbaik

KUALA TERENGGANU, 5 Ogos -- Pemain Terengganu Issey Nakajima (kiri) gagal menjaringkan gol walaupun hanya berhadapan penjaga gol Lion XII Mohd Izwan (kanan) untuk gol kedua pasukan Terengganu dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, Rabu malam.
--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pemain Terengganu Issey Nakajima (kiri) gagal menjaringkan gol walaupun hanya berhadapan penjaga gol Lion XII Mohd Izwan (kanan) untuk gol kedua pasukan Terengganu dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, Rabu malam.


KUALA TERENGGANU, 6 Ogos:

Keserasian dan semangat juang tinggi  pemain Terengganu antara faktor skuad kendalian penolong ketua jurulatih Ahmad Yusof dapat menampilkan aksi cemerlang dengan mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super.
Selain itu, Ahmad berkata gandingan pemain juga menjadi pendorong kepada skuad Penyu untuk berada di landasan terbaik seterusnya dapat memperbaiki kedudukan dalam carta liga.
Beliau berkata penampilan cemerlang beberapa pemain termasuk pemain import, Issey Nakajima-Farran yang telah menjaringkan lima gol menerusi dua aksi, membolehkan pasukannya itu mengekalkan momentum kemenangan.
“Kesemua pemain memiliki semangat tinggi untuk meletakkan pasukan di kedudukan terbaik dan keserasian ditunjukkan barisan pemain juga mendorong kita mempamerkan aksi cemerlang dalam tempoh 90 minit permainan,” katanya selepas perlawanan antara Terengganu dan Lions XII, malam tadi.
Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, Terengganu menewaskan pasukan pelawat 4-2 menerusi jaringan Mohd Helmi Remeli seawal minit ke-6, Issey Nakajima-Farran (minit ke-25, 51) serta Norshahrul Idlan Talaha (minit ke-56).
Gol Lions XII pula menerusi Madhu Mohana pada minit ke-24 dan Muhammad Hafiz Abu Sujad pada minit ke-54.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Penyu naik satu anak tangga dan kini menghuni tangga keenam liga, dengan mengumpul 26 mata daripada 17 perlawanan.

Tiada ulasan: